~ Legenda Kuil Buddha menawo ~
Ketika jalan perhubungan Keningau papar di rintis akhir 80-an. Banyak imej wanita berbaju putih misteri muncul dari tapak ini.
Perbukitan menawo bertentangan dengan banjaran Crocker kimanis. Imej imej yang di rakam oleh mereka ketika mengambil gambaran dari tanah yang sedang dalam pembangunan untuk jalan raya banyak merakam imej dewi Kuan yin.
Kuanyi di laporkan bermenifestasi di sini. Dan untuk perhatian kawasan bukit ini memiliki 2 lagi tokong lain yaitu tokong Chi Kung berdekatan taman bersatu dan tokong Chi Kung berdekatan pusat dakwah Keningau menawo.
Projek pecah tanah untuk pembinaan temple ini di lakukan ketua menteri Sabah masa itu YAB Tan sri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1990. Dan perasmian temple yang siap untuk beribadah di buat oleh YAB ketua menteri Sabah Datuk seri panglima Yong Teck Lee pada tahun 1997.
Arca besar patung dewi Kuan yin di katakan lokasi di mana dewa ini kerap muncul.
Tempat ini boleh di lawati sambil beriadah kerana pemandangannya yang sangat indah. Cuma anda di larang membawa makanan berisi daging untuk menghormati kawasan temple yang menganut fahaman vegetarian.
Larry Raphael.
Recent Comments