Langit Merah

Home Forums Cerita Dari FaceBook Langit Merah

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #128
    tutuguk
    Keymaster

    ~ langit merah ~

    Saya tertarik akan satu rakaman mengenai kemunculan makhluk aneh dalam hutan yang sempat di rakam oleh beberapa anak muda.

    Pertama saya ingatkan. Hutan adalah bukan seperti kawasan beriadah atau berkelah. Ianya sebuah kawasan yang di huni berbagai makhluk dan juga para makhluk tidak kasat mata. Atau penghuni dari makhluk halus.

    Di situ lah ada Rogon. Ada kundilipau, ada segalanya, selain pokok, hewan buas, serengga dan pemandangan yang indah.

    Jadi saya mahu berkongsi pengetahuan purba sebelum lenyap dan pernah menjadi amalan headhunter atau mereka yang berburu.

    Kejadian langit merah boleh berlaku antara subuh pagi dan petang hari. Langit merah adalah tanda bahawa musim panas telah tiba. Ianya adalah fenomena alam semulajadi yang indah apalagi jika berlaku di senja hari berdekatan pantai laut.

    Pada zaman dahulu, dan ketika berburu hewan sebagai makanan keluarga. Para pemburu akan melihat jika langit merah berlaku antara subuh atau petang. Pemburu tidak memburu begitu sahaja. Ambil senapang, siapkan bekalan dan pergi berburu.

    Pemburu zaman lampau akan memerhatikan bunyi hewan. Musim serrenga. Udara sejuk. Atau cuaca hari. Seperti, mencari ketam pada bulan terang amat merugikan kerana isi ketam yang kurang jika di tangkap ketika bulan penuh atau bulan purnama.

    Demikian juga ketika berburu. Jika sejenis burung berbunyi kuat, semasa mereka bergerak ke hutan, perburuan itu menghasilkan kerugian dan pulang dengan tangan kosong.

    Demikian juga keadaan langit di mana awan berbentuk sisik ikan. Itu adalah petanda musim sejuk dan ikan sedang bertelur. Agak lumayan menangkap ikan berdasarkan langit bersisik di kala ini.

    Memperhatikan alam sekitar itu faktor untung bersih untuk mendapatkan hewan atau ikan yang di buru. Maksudnya, kita tidak mempersiakan masa kita dengan hasil yang kosong.

    Saya ingin balik kepada point langit merah. Kenapa perlu berjaga-jaga sedikit semasa kejadian fenomena ini berlaku. Menurut yang saya belajar dari cerita budaya kita, langit merah adalah di mana keadaan alam tempuan (bunian) aktif dan mudah terangsang dengan manusia.

    Pada zaman dahulu. Ramai pemburu hilang ketika berpergian dan langit merah. Atau semasa mereka berburu, berlaku fenomena langit merah. Menurut moyang saya, sempadan alam bunian menjadi aktif dan nipis dan bergeser dengan tenaga bumi dan menyebabkan tanpa sengaja manusia tersesat masuk ke sana.

    So, untuk point ini jangan sikit sikit memaling tuduhan orang bunian melakukan ‘rampage hostage’ penculikan tebusan atau penculikan manusia.

    Kepercayaan purba mengatakan, seperti darah memutuskan kutukan dan korban sembelih memusnahkan sumpahan. Langit merah membatal seketika jambatan yang menghalang kita dengan dimensi para tempuan.

    Oleh itu, orang pada zaman purbakala, samada berburu atau berpergian melalui jalan hutan dan melihat fenomena ini akan mencari batang atau ranting kayu dan memangkas dalam bentuk ‘Y’.

    Ketika mereka melihat langit merah terjadi, mereka akan segera mengambil sebuah dahan dan memangkas cermat dalam bentuk ‘Y’, menanamnya, lalu melangkah cermat di atasnya.

    Sekiranya tersesat masuk tanpa sengaja kerana fenomena pengeseran dimensi ini, mereka mempercayai ini lah tanda untuk mereka kembali ke alam manusia. Huruf batang ‘Y’.

    Tanda ini juga di ajar oleh para tempuan yang berkomunikasi dengan manusia. Kerana mereka tahu, bagaimana keadaan di alam mereka.

    Saya rasa baik berkongsi petua purba ini dan mendapat manfaatnya sekali. Kerana benda ini cuma membantu kita ‘sekiranya’ tanpa sengaja masuk dan tersesat.

    Saya belum cerita secara tangon dan warisan cerita kuno bagaimana kah bentuk alam bunian itu. Ianya 10 kali lipat lebih luas dari alam manusia. Dan bukan semua kawasan di tempati para tempuan (bunian).

    Sekiranya tersesat di sana tanpa sengaja, dan maju ke kawasan gersang atau hutan balantera. Kita juga boleh sesat selamanya. Hilang tanpa khabar.

    Tidak semestinya hutan. Ia juga boleh berlaku di kampung-kampung atau kawasan tempat tinggal anda.

    Tidak semua pekerjaan menculik, menyesatkan manusia ini pekerjaan orang halus. Some kerana pengeseran dimensi maka kita terjebak ke alam sana.

    Larry Raphael.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.
Skip to toolbar