~ Dewa Penis ~

Home Forums Cerita Dari FaceBook ~ Dewa Penis ~

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #124
    tutuguk
    Keymaster

    ~ Dewa Penis ~
    Beberapa tahun yang lalu, kerja saya banyak outstation dan kerap ke sana dan ke sini. Dan kerja sebagai pembantu VVIP ini menyebabkan saya memiliki banyak sahabat dan kenalan. Ada masanya saya di jemput ke rumah mereka untuk meraih kesyukuran, kenduri, pesta perkahwinan dan banyak lagi.
    Dan saya mahu berkongsi kisah seorang sahabat berkenaan hal ayahnya. Cerita ini tidak akan keluar jika dia tidak menceritakan kepada saya.
    Menurut cerita dia, ayah dia seorang yang kaya raya dan banyak tanah. Kekayaan itu masih lagi di warisi oleh dia sampai ke hari ini. Bagaimana ayahnya kaya?. Begini ceritanya…
    Ayah dia adalah seorang penjual hasil hutan sekitar 60 hingga awal 80-an. Ke sana-sini berdagang hasil hutan. Sampai Labuan dan kota Kinabalu. Sejak muda ayahnya memiliki keazaman yang kuat untuk menjadi seorang yang kaya-raya.
    Rezeki memang tidak kenal tempat. Dan ayahnya bertemu dengan seorang saudagar dari China yang kerap datang ke Membakut untuk membeli hasil hutan yang sangat sukar di perolehi. Saudagar China itu mulanya cuma seorang pembeli biasa. Kemudian menjadi pelanggan tetapnya untuk mendapatkan akar akar herba bermutu tinggi.
    Setiap kali dia ke Labuan atau Membakut, cina tua itu pasti menunggunya. Herba dia amat bermutu tinggi dan jika dia membawanya pasti dalam jumlah yang banyak untuk si apek (cina tua) yang membelinya secara pukal.
    Satu hari si apek kekurangan wang untuk membayar herba-herba yang dia minta semasa bapa Tomie (nama sahabat saya) datang kepadanya. Kerana tidak mahu berhutang dan ada urusan segera di Hong Kong, akhirnya dia menawarkan barang berharga dia kepada bapa si Tomie.
    Benda itu di puja oleh si apek secara istimewa dan harganya sangat mahal sewaktu dia membelinya. Benda itu adalah sebuah patung penis (kemaluan lelaki) di perbuat daripada batu dan berwarna hitam pekat. Menurut si apek. Patung berbentuk penis itu di belinya di Thailand. Sudah agak lama dia menjaga patung tersebut dengan baik.
    Kerana ayah si Tomie penggemar barang antik. Dia menyetujui idea si apek menutup separuh harga dengan patung penis itu. Si apek bercerita yang selagi dia taat berdoa kepada patung tersebut dan sembahyang kepadanya tiap malam jumaat. Dia akan memperolehi kekayaan dan harta tidak berkesudahan.
    Bermula saat itu, kehidupan ayah si Tomie berubah 100%. Sampaikan dia berhenti menjual herba dan memelihara babi, lembu, kambing, ayam dan itik. Kerana taat pada saranan si apek, kesemua ternakan dia menjadi dan berganda-ganda. Tahun demi tahun, peliharaannya berkembang biak dengan jumlah yang tidak terhingga. Dia menjadi seorang penternak yang berjaya dan banyak orang datang kepadanya membeli daging secara terus.
    Bukan itu sahaja, ayah si Tomie juga membeli banyak tanah untuk di usahakan dan dia memiliki banyak sawah padi yang dia usahakan sendiri, kebun getah dan ladang ternakan lembu di beberapa tempat.
    Ayah si Tomie mendirikan rumahtangga dengan isterinya dari kampung yang sama. Namun begitu menyedihkan sekali, ayah si Tomie tidak memiliki zuriat.
    Perkahwinan mereka tidak menghasilkan zuriat. Emak si Tomie sering keguguran sebelum sempat kandungan nya membesar. Satu hal lagi, bapanya di katakan panas baran dan kuat mengamuk. Kerana dia orang kaya, tiada orang berani melawannya.
    Mereka cuba berubat dengan banyak orang pandai. Untuk pengetahuan pembaca, zaman ini belum banyak orang memeluk agama seperti hari ini. Namun walau di cuba nya, tetap saja tidak berhasil. Sikap panas baran dan isteri yang selalu keguguran itu membuatkan orang Kampung bergosip yang bapanya mengamalkan ilmu hitam.
    Akhirnya penantian mendapatkan anak itu berakhir apabila bapa si Tomie menemui seorang nenek pengamal Bobolian. Si Odu mencuba untuk Merawati masalah kesuburan mereka berdua dan mendapati yang rupanya bapa si Tomie di jaga secara ghaib oleh makhluk seperti dewa dan memakai baju emas.
    Menurut cerita sahabat saya itu, lembaga itu memakai pakaian serba emas lagak dewa Thailand. Dan memiliki ekor. Memiliki taring panjang dan mata yang hampir terbonjol keluar. Setiap kali dia membuka mulutnya, akan ada api keluar seperti api naga yang menyembur.
    Makhluk itu sememangnya memberi tuah dan kekayaan kepada ayahnya tetapi, memakan semua kandungan isterinya. Dan makhluk itu menjadikan bapa si Tomie kuat, berani dan panas baran.
    Akhirnya si Odu Bobolian memberikan dia dua pilihan. Kekalkan benda ini, atau buang dan miliki hidup baru bersama cahayamata?.
    Oh ya, bapa si Tomie mendapatkan zuriat pada usia 60 tahun dan isterinya mengandung pada usia 50 tahun. Ada jarak 10 tahun mereka. Kerana mendambakan cahaya mata, bapanya bersetuju membuang batu keramat tersebut.
    Si Odu Bobolian memotong babi sebagai sogit, dan mengunci makhluk pada batu dewa penis tersebut. setelah di ikat dengan darah babi, dia mendiamkan batu tersebut dengan beberapa jenis rinait dan menanamkan batu tersebut sedalam 7 kaki di dalam tanah dan menimbusinya.
    Beberapa tahun kemudian, ibu Tomie mengandungkan dia dan melahirkan dia dengan baik. Namun Tomie adalah satu satunya anak sulung dan ibunya tidak dapat mengandung lagi kerana faktor usia yang sudah lanjut.
    Ayah Tomie meninggal ketika Tomie berusia 17 tahun. Punca kematian adalah akibat serangan jantung. Ayahnya mati kerana penyakit jantung berlubang.
    Di kemudian hari, sahabat saya itu juga di diagnosis menghidap sakit jantung berlubang. Ada gambaran seperti 20 sen bocor pada jantungnya melalui sinar x-ray. Tomie bergantung pada ubat-ubatan hosiptal untuk mengurangkan sakit.
    Kemudian Tomie memiliki 4 orang anak. 1 lelaki dan 3 perempuan. Namun satu satunya anak lelaki Tomie juga memiliki penyakit jantung berlubang. Saya fikir ini bukan kebetulan. kelihatan seperti satu curse.
    Tomie menceritakan saya, dia tahu lokasi batu penis itu di tanam, kerana pernah di tunjukkan oleh mendiang bapanya. Namun dia tidak akan mengorek semula lagi kerana si Odu Bobolian berpesan yang dia sudah memenjarakan makhluk tersebut sedemikian. Benda tersebut memang memberikan kekayaan namun bukan dengan cara yang betul. Pemiliknya panas baran dan tidak mendapatkan keturunan.
    Cerita saya ini berdasarkan sebuah kisah benar. Saya pernah duduk makan dan aramaitee di rumah Tomie. Warisan harta bapanya masih lagi banyak. Saya tidak menceritakan nama tempat, nama sebenar untuk menjaga aib keluarga mereka.
    Larry Raphael.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.
Skip to toolbar