Home › Forums › Cerita Dari FaceBook › ~ Tenunan dan seni anyaman buluh ~
- This topic has 0 replies, 1 voice, and was last updated August 1, 2022 at 7:12 am by tutuguk.
-
AuthorPosts
-
August 1, 2022 at 7:12 am #88tutugukKeymaster
~ Tenunan dan seni anyaman buluh ~
Masa budak saya, nenek nenek kami sebelah Murut selalu bertandang ke rumah kami di Tenom. Masa itu nenek saya masih kuat, boleh berjalan laju dan selalu mengirai.
Bila nenek saya datang, hal ini di ambil kesempatan oleh emak saya untuk menganyam tikar. Durang buat tikar dari buluh dan juga bakul yang di namakan saging.
Jadi saya akan ikut mama saya untuk pergi ke kedai kedai mencari warna yang tahan lasak. Warna ini jarang ada dan berada di dalam botol (tetapi saya lupa jenamanya) kemudian bapa saya akan mencari bambu (buluh di hutan).
Seni anyaman tikar dan beg dari buluh amat halus sekali waktu nenek saya kupas dari buluh bambu. Dan saya memerhati dengan penuh sabar melihat dia mengikis bambu dan mengambil kulit kulit halus yang banyak untuk menjadi bahan anyaman dia. Kesemua proses ini sebelum anyaman di rebus. Kemudian di keringkan dan lepas itu di warnakan dengan merebus. Setelah proses mewarna di buat. Buluh buluh itu di keringkan semula dan di rebus semula sebelum di susun untuk anyaman mengikut warna.
Saya tengok nenek saya menggunakan pisau yang runcing dan tajam mata hujungnya. Dan pisau itu seperti mata jahitan benang. Saya duduk berbengkung melihat proses pembuatan tikar Murut dan anyaman bakul sikutan.
Adakalanya nenek kami menampakkan baju tradisi Murut dia yang tebal dan di perbuat dari benang nenas. Saya bertanya nenek, nenas ada benang ka nek? Dan nenek menjawab ada, tetapi bukan mudah mendapatkannya dari daun nenas.
Nenek saya mengatakan, orang Murut membuat baju tradisi dia dari benang nenas. Kalau dusun biasanya durang pakai kapas. Ada beza kapas dan benang nenas. Benang nenas kuat dan lambat rosak. Sekiranya di tanam di tanah. Ambil masa 200 tahun baru reput dalam tanah.
Syukurlah zaman budak saya, saya sempat melihat kraftangan Murut yang warna warni dan sempat melakukan proses pembuatan nya kerana di ajar nenek nenek.
Lebih kurang macam ne tikar kami selalu buat zaman dahulu. 👇
Larry Raphael- This topic was modified 2 years, 4 months ago by tutuguk.
-
AuthorPosts
- You must be logged in to reply to this topic.
Recent Comments