~ Perjanjian setan ~

Home Forums Cerita Dari FaceBook ~ Perjanjian setan ~

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #123
    tutuguk
    Keymaster

    ~ Perjanjian setan ~
    Selamat malam. Ketika saya menulis perkongsian seram ini, pertama saya tidak menggunakan nama sebenar, nama tempat dan beberapa perkara melibatkan pengecaman individu. Ini untuk menutup kisah hidup orang tersebut agar jangan di kenali masyarakat dan menerima cacian dan kejian daripada mereka. Cukuplah ada cerita dari mereka, sebagai peringatan sesama kita.
    Apakah benar ada jalan pintas mendapat kekayaan dan kemasyhuran?. Ya, memang ada dan jalan pintas ini bukanlah mengikut ajaran dan batas ketuhanan. Ianya jalan gelap. satu perjanjian antara kuasa gelap dengan manusia.
    Teoh (bukan nama sebenar), lahir dari keluarga yang miskin. Kemiskinan menyebabkan dia seperti di sisihkan oleh masyarakat dan setempat.
    Dengan wajah tidak hansem dia, tiada gadis tertarik padanya. Wahal Teoh juga mahu berpasang dan mendirikan kehidupan bahagia.
    Keluarga Teoh juga bukan datang dari keluarga yang bahagia. Ayahnya seorang pemabuk kuat. Ibunya pulak seorang penjudi dan kuat berhutang. Kehidupannya benar-benar tunggang langgang.
    Ketika dewasa, Teoh berhijrah mencari perkerjaan ke Kuala Lumpur demi survival. Dia meninggalkan orang tua dan adiknya secara senyap dan mengikuti agent pencari kerja di kota raya. Beberapa bulan kemudian kehidupannya sedikit membaik. Teoh tinggal di rumah sewa dan memiliki motor second hand ke tempat kerja.
    Mari saya singkatan cerita ini…..
    Teoh pekerja rajin dan di sayangi oleh para supervisornya. Dia jatuh cinta dengan seorang gadis Indonesia yang cantik dan kaki bodek. Gadis itu tidak mencintainya tetapi kekal memperalatkan Teoh agar mendapat banyak wang. Teoh sudah tentu tidak menyedarinya.
    Ketika hari Valentine, Teoh kedapatan yang kekasih buah hatinya curang di rumah sewanya sendiri. Setelah di belasah dengan lelaki tersebut. Kekasihnya pergi dan tidak pernah kembali. Perempuan itu di khabarkan lari ke negeri utara untuk berkahwin dengan cinta hatinya. Sudah tentu Teoh patah hati.
    Di kilang, tidak ada gadis menyukainya. Teoh bukan kacak dan tiada siapa tergila-gilakan dia. Ini menyebabkan Teoh stress dan rasa mahu bunuh diri. Setiap kali dia melalui perkumpulan yang banyak perempuan melepak, dia di tertawakan.
    Sampailah pada satu hari, Teoh melihat ada satu iklan yang di kepil pada kereta dan menyimpannya.
    Dia membacanya dengan bersemangat bila mendapat tahu yang ada seorang dukun dekat sempadan Kedah Siam yang mampu merubah kehidupan seseorang secara ghaib. Tanpa berfikir panjang, Teoh mengambil cuti dan segera ke sana.
    Sewaktu bertemu tok bomoh, Teoh mendapati untuk mendapat wajah kacak dan kemasyhuran, Teoh perlu membayar sebanyak 10 ribu cash. Selain itu, tok bomoh juga meminta Teoh harus melakukan hubungan seks dengan mayat perempuan yang tok bomoh itu korek dan puja. Permintaan ini terlalu berat, namun kerana benar-benar mahu berubah, Teoh menyetujui permintaan tok bomoh dan membuat perjanjian.
    Wang sudah di bayar, dan cuma tinggal Teoh perlu melakukan hubungan seks dengan mayat yang baru tok bomoh korek sendiri. Tanpa berfikir panjang, Teoh melakukan perkara itu walaupun mayat itu sudah kaku keras. Dari malam sampai ke pagi, Teoh terus terusan melakukan hubungan intim tersebut.
    Bermula sejak hari itu, kehidupan Teoh telah benar-benar berubah. Tok bomoh mengatakan yang Teoh akan menjadi seperti apa yang dia inginkan nya dan ingat, setiap wanita yang mengandung kerana dia, maka harus dia gugurkan anak tersebut dan di ikat dengan kain merah untuk santapan sang penunggu. Dia setuju.
    Teoh berubah menjadi sangat kacak bermula hari itu. Dia kembali kerja dan di promosikan ke jawatan yang lebih baik. Banyak gadis di tidurinya dan begitu banyak gadis mengilainya. Dia menjadi idaman dan rebutan para wanita. Setan penunggu benar-benar menjadikan dia hot tickets di pasaran.
    Semua pantang dan saranan tok bomoh di ikuti dengan baik oleh Teoh. Namun pada satu hari kecelakaan menimpa padanya apabila seorang gadis yang dia bunting kan, stress dan membunuh diri.
    Gadis Sumatera itu kecewa setelah Teoh enggan menikahinya. Dan Teoh juga meminta dia mengugurkan kandungannya. Kerana tidak menyangupi permintaan Teoh. Gadis itu balik negeri dan membunuh diri. Sebelum dia mati, dia sempat menelefon kepada Teoh yang dia akan membalas dendam ke atas kematiannya.
    Mula-mulanya berjalan seperti biasa. Namun pada satu hari dia mula merasa pelik kerana kerap di ganggu oleh bayangan gadis hitam. Gangguan bayangan gadis ini masuk ke alam mimpinya dan menjadi-jadi ke alam nyata. Teoh memberitahukan tok bomoh akan hal yang menimpanya dan tok bomoh mengirimkan dia azimat perlindungan.
    Namun itu semua belum berakhir, kerana tok bomoh yang dia sanjung bertahun-tahun mati dalam keadaan sangat tragis. Rasa diri Teoh mula terancam. Sekarang azimat nya sudah tidak berguna. Kuasa sakti yang di miliki itu padam seusai kematian tok bomoh itu juga. Dan penunggu miliknya seperti berpaling tadah.
    Mulalah Teoh mendapat gangguan dan ancaman satu persatu, dari jiwa jiwa para janin yang adalah darah dagingnya. Kemudian, gangguan roh setan kekasihnya yang mati bunuh diri itu kembali. Tetapi gangguan paling dahsyat adalah roh hantu perempuan yang dia zinahi pada mula mula dahulu, ketika sanggup mengejar nafsu dan dunia dengan sebuah perjanjian setan dengan tok bomoh.
    Kerana gangguan sudah menjadi tidak terkawal, Teoh menjadi semakin tidak waras dan ketakutan. Roh-roh Panasaran itu tidak membiarkan dia hidup dengan senang sedetik pun. Mereka datang bergilir gilir menghantuinya. Setiap masa setiap detik.
    Teoh berhijrah ke Penang kerana mahu menyelamatkan diri. Dia fikir cara demikian akan membantunya. Namun dia silap. Roh-roh itu terus-terusan mengejarnya. Akhirnya Teoh menjadi tidak waras dan kurang siuman.
    Ada sebuah biara dan seorang sami yang mengetahui rahsia Teoh dan mampu melihat para roh tersebut. Teoh sering ke sana dan meminta kaunseling dan pengampunan. Kerana Teoh berbuat dosa berat, sami itu meminta Teoh melepaskan dunia dan menjadi seorang sami di sana. Dengan cara itu, dapat menebus balik kesalahannya di masa lalu.
    Sejak Teoh menjadi sami di situ. Hidupnya menjadi tenang dan bahagia sekali. Roh jahat tersebut tidak dapat menganggu dan masuk ke dalam biara. Mereka berlegar-legar di luar biara menunggu Teoh keluar. Tetapi Teoh tidak pernah keluar kerana dia menjadi sami yang kekal dalam biara Sampai mati.
    Wajah Teoh juga menjadi hodoh dan buruk kerana di kutuk para jiwa yang sesat dan berdendam.
    Sekiranya kamu seorang manusia, hargailah pasangan kamu dengan baik. Jangan bercinta tetapi ke sana sini curang melakukan hubungan tidak baik. Kekalkan kesucian sampai alam perkahwinan dan teruskan pernikahan sampai mati.
    Percayalah hukum karma itu ada. Hari ini kamu melakukan anak orang dengan tidak benar. Esok lusa anak gadis kamu mungkin juga tertimpa hal yang sama. Ini di namakan hukum keadilan. Timbang tara. Ada perbuatan tidak benar di bayar sama, sesuai dengan perbuatan itu juga di masa depan untuk kita.
    Teoh adalah cerita based on True Story saya daripada beberapa sumber yang saya perolehi 20 tahun yang lepas
    Larry Raphael.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.
Skip to toolbar