Home › Forums › Cerita Dari FaceBook › ~ Legenda Tagahas ~
- This topic has 0 replies, 1 voice, and was last updated August 1, 2022 at 7:21 am by tutuguk.
-
AuthorPosts
-
August 1, 2022 at 7:21 am #93tutugukKeymaster
Herry Jas
~ Legenda Tagahas ~
Saya akan satu persatu menceritakan kisah kisah beberapa etnik sabah. secara berperingkat peringkat Agar kita berpengetahuan akan kisah masa silam para moyang kita.
Dalam urban legend asal usul momogun adalah datang daripada kisah pokok nunuk ragang. Sebuah kayu ara gergasi berhampiran Gunung Kinabalu. Cerita ini adalah cerita turun temurun setiap suku suku dusun Sabah. Cerita ini kuat di turunkan oleh Bobolian dusun dulu. Sebab itu bila saya meluaskan pembacaan, kisah nunuk ragang ini common dalam pemahaman hari ini.
Saya bertanya apa maksud momogun? Ada orang tua berkata kepada saya, sebelum perpisahan nunuk ragang, itulah bahasa lama di sebut kesatuan nunuk ragang. Kemudian bila masing masing berpisah. Baru muncul pelbagai Tribe kadazan dusun.
Dalam Legenda urban kami, Dusun Tagahas itu berekor. Dan menetap di banjaran Crocker kimanis papar. Kawasan sejuk. Di percayai di sinilah penempatan akhir mereka sebelum raja dusun nunuk ragang mengarahkan suku Tagahas move ke nunuk ragang. Bergabung menjadi bangsa momogun yang kuat di nunuk.
Bagaimana ekor itu hilang?. Dan atok saya pernah bercerita, akibat kahwin campur. Tagahas asli yang betul betul asli tidak berkahwin dengan bangsa lain. Oleh kerana tiada sikap majmuk dalam perkahwinan dengan suku lain, ekor itu utuh di bawa dalam keturunan. Apabila seorang tagahas berkahwin bukan Tagahas. Maka anaknya hilang ekor. Pada zaman dahulu, Tagahas sangat menjaga spesis kemendirian dia. Bila kahwin campur. Ekor lenyap.
Kemudian saya mendapat tahu ada catatan purba China perihal kerajaan chupo (250 masihi ) dan di katakan kerajaan purba terawal di Sabah. Kerajaan ini di katakan bersatu dengan kerajaan pulochung dari Sarawak. Di katakan bangsa temaddun purba ini berekor dan mereka juga kanibal, Interesting kan? Ada persamaan legenda kami perihal ekor.? Saya petik dari statement 👉 ( Rekod Gin keluaran 2015 dalam jilid 220 )
Dari sebelah moyang ibu saya (Murut). Di katakan para moyang kami pernah bercerita akan satu legenda purba di mana sedang mereka mengatam padi bukit. Tiba tiba lalu sekumpulan manusia pendek dan berjalan bongkok tetapi berekor. Mereka berjalan sambil tangan memetik memakan padi mereka. Oleh kerana jumlah mereka banyak. Moyang moyang kami tidak menyerang mereka. Mereka cuma berdiam dan membiarkan mereka berlalu pergi secara aman.
Saya juga akan bercerita kisah dusun lain. Kisah Murut. Kisah Iban kerana kami juga sebahagian Iban dari sebelah ibu juga. Kisah pasal Iban saya ada Share di bawah sekali. Dan kisah lundayeh. Kerana percampuran kawen dari Murut moyang dengan lundayeh punya moyang.
Kadang kadang ada bagus juga mix blood. Kerangka landskap cerita turun bagai air dan seronok mahu dengar. Sini ada cerita. Sana ada cerita. Telinga pasang saja. Rajin sila taip.
Larry Raphael.- This topic was modified 2 years, 4 months ago by tutuguk.
-
AuthorPosts
- You must be logged in to reply to this topic.
Recent Comments