KORNOLOGI SEJARAH BANGSA DUSUN DARI ABAD-2 SAMPAI ABAD-20

Home Forums Cerita Dari FaceBook KORNOLOGI SEJARAH BANGSA DUSUN DARI ABAD-2 SAMPAI ABAD-20

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #91
    tutuguk
    Keymaster

    Saya ambik Share ini dari sahabat saya Efren Prin Ren yang dia copy dari sebuah group dusun. Pertama saya akan memberi kredit kepada group dusunology perihal susun kewujudan bangsa dusun.
    Ada satu part saya tertarik dengan suku berekor. Seperti sharing saya yang lepas. Suku dusun Tagahas pada masa lampau adalah etnik suku dusun yang memiliki ekor. Bagaimana ekor itu hilang? Ada juga legenda mistiknya.
    Demikian menurut perkongsian Dusunology, yang mereka copy dari Ben Randawi.
    👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
    KORNOLOGI SEJARAH BANGSA DUSUN DARI ABAD-2 SAMPAI ABAD-20.
    1) 132 M:
    = permulaan peradaban Dusun di Pantai Barat Borneo, di mana mula terbentukanya kaum proto-Dusunik. Mereka pada awalnya menetap di pesisir Pantai Barat Borneo dan merupakan bangsa yang mahir dalam ilmu pelayaran. Penempatan mereka disebut “Yetiao” oleh catatan China, dengan raja mereka bernama ”Tiaopien” (Bradell, 1941:32). Ptolemy menyebut kawasan ini dengan istilah “Ibadaiou” di mana terdapat gunung tinggi bernama “Cicira” [Gunung Kinabalu], gunung yang sering dikunjungi oleh tuhan-tuhan mereka (Braddell, 1941:31). 2005:7).
    2) 150 M:
    = Ptolemy menyebut wilayah bernama “Iabadiou” atau “Sabadios”, dengan ibu kota bernama “Argyre”. Beberapa pakar sejarah dan geografi mengatakan Sabadios terletak di Sabah (Braddell, 1941:33). Zaman ini kaum Dusunic mula terbentuk, di mana bangsa Sabahan telah berpecah kepada Dusunic, Murutic dan Idaanic.
    3) 250 M: ( Mungkinkah moyang Tagahas? )
    = menurut catatan China, Chupo, kerajaan terawal di Sabah terbentuk bersama satu kerajaan lain bernama “Pulochung” di Sarawak. Penduduk di Pulochung dikatakan kanibal dan memiliki ekor (Gin, 2015:220).
    4) 411 M:
    = kaum Dusunic mula mendirikan kerajaan yang bernama “Yepoti”, sebuah kerajaan yang terletak di Borneo menurut beberapa pakar seperti Grimes, Tong, Bradell dan Wheatley, (Braddell, 1949:3; Tong, 1969:70; Rajaui, 1974:179) terletak di sekitar Brunei (Munoz, 2006:56).
    5) 437 M:
    = kerajaan purba kaum Dusun di Brunei bernama Poli, yang terdiri daripada 136 kampung, di mana mereka menanam padi (Karim, 2016:48; Braddell, 1949:6). Poli terletak di kawasan sekitar Brunei (Karim, 2016:48).
    6) 518 M:
    = raja Poli, raja kaum Dusun purba di Brunei, iaitu Raja Pinka mengirim utusan ke China. Raja ini kemudian diganti oleh Raja Hulanapo dan Raja Chantapo, di mana Raja Chantapo [menurut sebutan orang Cina] telah mengirim utusan ke China pada tahun 699 M (Braddell, 1949:4).
    7) 589 M:
    = dokumen lain China menyebut mengenai kerajaan bernama “Toupo”, di mana penduduknya menanam padi dan wanitanya menenun kain dengan motif bunga. Meons mengatakan bahwa Chupo dan Toupo adalah sama, di mana Gerini dan Braddell melokasikannya di Borneo (Braddell, 1941:45-46).
    😎 616 M:
    = kerajaan Poli mengirim utusannya ke China pada tahun 616 M dan tahun 630 M, bagi mengirim ufti berupa produk lokal (Braddell, 1949:8), di mana raja Pooli dikatakan dari kasta “Kshatriya” (Braddell, 1949:6).
    9) 690 M:
    = Raja Alaka Bhatara menyatukan suku-suku Dusun purba, mengasaskan kerajaan bercorak empayar yang pertama, bernama Vijayapura (Nicholl, 1983:36; 1989:178; Horton, 1985:10). Wilayah mereka mencakup Borneo dan Filipina.
    10) 711 M:
    = pada tahun ini, Poli berhenti mengirim utusan atau duta ke China (Braddell, 1949:4). Sejarawan Arab bernama al-Yaakubi menyebutkan, perang telah terjadi antara Poli dengan Dinasti Tang dengan sekutunya dari Filipina (Nicholl, 1983:38).
    11) 835 M:
    = Kota Tawaran [Tuaran] yang baru saja dibebaskan dari jajahan Dinasti Tang telah ditakluk pula oleh pasukan Srivijaya Sumatra di zaman Maharaja Balaputra pada tahun 835 masihi (Nicholl, 1983:39).
    12) 977 M:
    = Pada tahun 977, nama Poli berubah kepada Poni di dalam catatan China, rajanya bernama Raja Sri Nata. Baginda telah mengirim utusan ke China, bererti memindahkan ketuanannya dari Srivijaya kepada Dinasti Song, China (Karim, 2016:345).
    13) 1154 M:
    = menurut beberapa penulis sejarah, penduduk Dusun di pesisir Sabah pada zaman ini mahir belayar dan bahkan suka berperang di lautan. Mereka suka memakai perhiasan leher dari besi, tembaga dan emas, dengan senjata berupa sumpit (Nicholl, 1983:40). Tradisi meakai perhiasan leher dari logam ini diteruskan sampai zaman British oleh kaum Dusun (St. John 1863:300; Frank Hatton Dairy 31 March 1882; Joseph Hatton, 1885:199; Roth, 1896:76).
    14) 1212 M:
    = terjadi perang besar di antara kaum Dusun di kerajaan Poni yang berpusat di Brunei dengan kaum Melanau-Kajang di kerajaan A-Likou yang berpusat di Igan, yang sebelumnya merupakan wilayah Poni (Karim, 2016:54; Yu, 2010:116). Kerana perang besar inilah yang menyebabkan ribuan kaum Dusun purba berhijrah dari Sarawak dan Brunei ke Nunuk Ragang Sabah dan Panay, Filipina. Di zaman inilah, penempatan Nunuk Ragang diasaskan di Tampias, oleh keluarga diraja Dusun dari Brunei (Shim, 2007:19), menjadikan ia pusat kaum Dusun yang baru. Setelah
    15) 1222 M:
    = kaum Dusun purba berjaya menumpaskan Raja Tugau di Tutong dan menawan Igan di Sarawak. Beberapa kaum Dusun yang berhijrah ke Filipina dan pesisir Sabah kembali Poni (Shim, 2007:16), tetapi kaum Dusun di Nunuk Ragang, pedalaman Sabah, tetap menetap di situ dan keturunan mereka menyebar ke seluruh Sabah.
    16) 1368 M:
    = Kerajaan Poni berperang melawan pasukan Sulu, di mana pasukan Sulu dikalahkan dengan bantuan dari Majapahit (William, 1989:8). Zaman ini merupakan zaman kemunduran.
    17) 1407 M:
    = Kerajaan Kinabatangan diasaskan, rajanya yang pertama memakai gelaran Maharaja. Maharaja Kinabatangan mula menakluk seluruh Kinabatangan dan kemudian menyerang Segama, di mana di situ mereka berperang melawan suku Dusun Subpan (Shim, 2007:100).
    18) 1415 M:
    = kaum Dusun mengasaskan kerajaan Nunuk Ragang di bawah pimpinan Raja Piaw. Nunuk Ragang dikawal oleh Sistem Pasod, semacam sistem keselamatan tradisional yang terdiri dari hampir 1000 orang pasukan keselamatan mengawal keselamatan Nunuk Ragang. Menurut Puruan Tun, sistem beraja diasaskan di Nunuk Ragang pada tahun 1415 oleh Raja Lisod Kungkud, tetapi dari pengiraan tahun menurut silsilah, saya menyimpulkan raja pada tahun tersebut adalah Raja Piaw.
    19) 1417 M:
    = Maharaja Galamading yang memerintah Kerajaan Kinabatangan dan Raja Sri Paduka Prabu dari Kerajaan Nunuk Ragang telah berangkat ke China, mengadakan kunjungan diplomatik mempereratkan hubungan antara kerajaan Dusun dan Dinasi Ming (Scott, 1989:8-9).
    20) 1497 M:
    = Kerajaan Kinabatangan runtuh, setelah Raja Sidadak meninggal. Kerana perluasan kuasa Kesultanan Brunei dan ketiadaan pemimpin berkaliber di kalangan kaum Dusun Sukang, maka tidak ada pemimpin yang cukup berkuasa untuk menyatukan masyarakat Dusun di Kinabatangan, dan melantik dirinya menjadi raja.
    21) 1515 M:
    = kaum Lundayeh telah berpindah ke Teluk Brunei, mengasaskan penempatan di Kg. Ayer Brunei dan mengasaskan Kesultanan Brunei pada tahun 1515 masihi dan raja mereka telah menganut Islam antara tahun 1514-1515 ((Cortesao, 1944:132; Nicholl, 1980:34; 1989:178-179; Karim, 2016:36; Said, 2012:33).
    22) 1521 M:
    = Kesultanan Brunei yang diasaskan oleh kaum Lundayeh telah berperang dengan Kerajaan Poni yang ketika ini diperintah oleh kaum Dusun Brunei aka Bisaya ((Robertson, 1906:37, 39; Hose, Charles; McDougall, William; Haddon, Alfred C., 1912:11).
    23) 1522 M:
    = Raja Dusun di pesisir Sabah yang bernama Datu Hilah yang memiliki kerajaan bernama Rantungan, telah kalah perang dengan Kesultanan Brunei dengan ribuan pasukan Lundayeh, sebanyak 1000 orang tentera Datu Hilah terbunuh dan 1000 rakyatnya lagi ditawan (Hoskins, 1996:106, 109). Nunuk Ragang juga diserang oleh Kesultanan Brunei dan banyak orang Dusun ditawan (Hoskins, 1996:109), tetapi kerana Nunuk Ragang memiliki populasi Dusun yang besar, maka wilayah ini kemudian membebaskan diri, mengusir pasukan Brunei kemudian menjadi negara merdeka dengan raja mereka sendiri iaitu Raja Kungkud.
    24) 1590 M:
    = kerajaan Dusun Brunei yang beribu kota tidak jauh daripada ibu kota Kesultanan Brunei telah pun dikalahkan sepenuhnya, setelah berperang sejak tahun awal tahun 1521 lagi. Ini berdasarkan dari bukti dari Boxer Codex, pada tahun 1590, kaum Bisaya atau Dusun Brunei telah pun tunduk kepada Kesultanan Brunei (Karim, 2016:173).
    25) 1673 M:
    = perang saudara di Brunei, Sultan Muhyiddin membunuh Sultan Abdul Hakkul Mubin pada tahun 1673 (Shim, 1989:189), menyebabkan penghijrahan pengikutnya ke Sabah (Utusan Borneo, 3 April 2008, p.13). Kedatangan kaum Melayu Brunei ke Sabah, misalnya ke Membakut menyebabkan kaum Dusun melancarkan perang melawan mereka. Kerana kaum penghijrah Melayu Brunei hampir lenyap kerana perang ini, kaum Bisaya di Klias menjadi orang tengah memperdamaikan kaum Dusun Membakut dengan Melayu Brunei, ini kerana bahasa kaum Bisaya dan Dusun Membakut hampir mirip, maka suku Bisaya dapat menjadi orang tengah. Perjanjian dimeterai, kaum Melayu Brunei menetap di hilir Sungai Membakut, kaum Dusun Membakut menetap di hulu Sungai Membakut.
    26) 1743 M:
    = Raja Dusun yang terakhir iaitu Raja Sompon meninggal dunia, maka sistem beraja berakhir dan digantikan dengan sistem penasihat. Anak Raja Sompon iaitu Bintor menjadi penasihat yang pertama.
    27) 1855 M:
    = penentangan Huguan Siou Sagir dari Kg. Guunsing, terhadap Kesultanan Brunei. Mungkin pada tahun yang berdekatan dengan tahun ini juga penentangan dari Panglima Akin Bilod dari Tuaran juga bangkit menentang para pemungut cukai Brunei, sama seperti Huguan Siou Sagir yang juga bangkit bagi menentang cukai kepala atau “buis” dari Sultan (Hing, 1962:13).
    28) 1870 M:
    = penentangan Huguan Siou Lasou atau juga dikenali dengan nama “Huguan Siou Bouvang” melawan Brunei, di mana beliau direkod sebagai Ketua Kampung Guunsing pada tahun 1885 (Dalrymple, 1885:9).
    29) 1883 M:
    = pemimpin Dusun pedalaman yang berpengaruh bernama Kandurong, yang berasal dari Tambunan, telah berpindah ke Ulu Papar telah berperang dengan British di bawah pimpinan de Fontaine (Black, 1970:236, 238-239).
    30) 1886 M:
    = Gadong, pemimpin Dusun dari Ulu Tempasuk menyerang wilayah British di Tuaran. Pihak Company British membalas, lapan buah kampung Dusun dibakar oleh pihak Company British (Black, 1970:237)
    31) 1888 M:
    = sekali lagi Company British berperang melawan Kandurong. Perkampungan-perkampungan Dusun yang melawan Company British mulai dari Dampong sampai ke Bankau di Pergunungan Crocker, dibakar oleh pasukan Company British. Ketua-ketua kampung Dusun yang kalah perang, terpaksa berdamai dengan pihak British, tetapi Kandurong pula terus menentang British bersama pengikutnya (Black, 1970:238).
    32) 1889 M:
    = Dusun Gapo di Ranau menentang British di bawah pimpinan Gunsia. Gunsia kemudian ditangkap dan dipaksa untuk membawa lima puak Dusun untuk bersumpah taat setia kepada kerajaan Company British dan berhenti melakukan aktiviti memburu kepala (Black, 1970:254-256).
    33) 1890 M:
    = kaum Dusun Nelumat Ranau bangkit menentang Company British. Mereka menyerang rumah wakil British di Lingkabau. Dunlop melakukan serangan balas. Dalam serangan ini, Kg. Sinarut dan kampung sekitarnya menyerah kalah, Kg. Bandukan dan dua perkampungan lain dibakar oleh pasukan Company British (Black, 1970:256-257).
    34) 1892 M:
    = setelah berperang selama sembilan tahun, Kandurong berdamai dengan pihak British (Black, 1970:238). Para pengikutnya yang lain terus menentang Company British (Black, 1970:239).
    35) 1894 M:
    = Si Gunting, pemimpin Dusun Liwan melancarkan perang ke atas British, keraa memprotes perlakuan seorang kerani British terhadap adat istiadat Dusun di samping sikap British yang tidak begitu mengendahkan komplennya (Rutter, 1922:185). Balai polis di Serinsim dibakar, kemudian beliau mendirikan kubu di Kg. Sayap Kota Belud dan satu lagi di kaki Gunung Tambuyukon di Ranau (Rutter, 1922:185-186, 214). Si Gunting berperang dengan British dari 1894-1905, selama Sembilan tahun, sebelum beliau berdamai dengan British pada tahun 1905. Beliau meninggal pada tahun 1906, di usia 47 tahun (Black, 1970:301-302).
    36) 1896 M:
    = Pemberontakan Dusun Kujau di Keningau (Rutter, 1922:187). Penentangan ini berjaya dihentikan oleh E.H. Barraut. Sebanyak lapan pemimpin Dusun Kujau ditangkap, kaum Dusun Kujau diminta bersumpah setia dengan Company. Sebanyak 200 orang lelaki Dusun Kujau kemudian dihukum menjadi buruh membuat jalan Keningau-Kimanis (Rutter, 1922:188). Selain itu, Dusun Kujau yang terlibat dalam penentangan juga diarahkan untuk memindahkan kampung-kampung mereka dekat dengan stesyen Company British (Black, 1970:290).
    37) 1898 M:
    ( Moyang saya memimpin suku Tagahas bersama para ketua Tagahas dari kampung lain -Aki Gouh- )
    = Dusun Tambunan, terutama Liwan dan sekutu-sekutunya menentang British dari memasuki Tambunan (The Age, Wed 6 Sep 1899, p.11), di bawah pimpinan Sompuun dan Dumkian. Sompuun dan Dumkian telah berperang melawan Mat Salleh yang ketika itu telah bersekutu dengan suku Dusun Tagahas. Menurut catatan British, Sompuun dan Dumkian merupakan antara dua pemimpin Dusun yang berpengaruh di Tambunan. Sompuun dicatatkan mentadbir tujuh buah kampung dan Dumkian pula mentadbir dua buah kampung.
    38) 1899 M:
    = Gabenor L.P. Beaufort sampai ke Keningau pada awal tahun 1899, bersama D.O. Mr. Fraser dan polis pengiring, mereka telah pergi ke Tambunan dan berdamai dengan suku Dusun Tambunan (The North Borneo Herald, No. 10, Vol. XXX III,1915).
    39) 1900 M:
    = sebanyak 1000 orang Dusun bersama 300 orang Bajau-Suluk-Iranun dari pasukan Mat Salleh kalah perang dengan Company British di Tambunan. Maka berakhirlah penentangan Dusun Tambunan terhadap British (Tregonning, 1967:206). Sebanyak 93 orang pengikut Mat Salleh terbunuh, sementara sekutu Dusun mereka pula antara 200-300 terbunuh (The North Borneo Herald, No. 10, Vol. XXX III, 1915), ada laporan lain mengatakan 1000 orang keseluruhannya terbunuh.
    40) 1902 M:
    = Si Langkap atau Dato Muda Malankapi, salah satu pahlawan Dusun yang memberontak melawan British dihukum mati di sebuah bukti dekat Abai (Black, 1970:343)
    41) 1905 M:
    = pejuang Dusun yang menentang Company British, iaitu Si Gunting, berdamai dengan British. Setahun kemudian dia meninggal di usia 47 tahun (Rutter, 1922:214; Black, 1970:302). Maka, berakhirlah penentangan Dusun terhadap Company British yang terjadi selama 22 tahun, dari 1883-1905.
    Credit : Ben Randawi, 4 Jun 2020.
    Credit : Dusunology.

    • This topic was modified 2 years, 4 months ago by tutuguk.
Viewing 1 post (of 1 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.
Skip to toolbar