Home › Forums › Cerita Dari FaceBook › ~ Kalabatu ~
- This topic has 0 replies, 1 voice, and was last updated July 10, 2021 at 1:41 pm by tutuguk.
-
AuthorPosts
-
July 10, 2021 at 1:41 pm #44tutugukKeymaster
~ Kalabatu ~
Mengikut legenda kuno, Kalabatu adalah manusia luarbiasa yang banyak menyelamatkan manusia di nunuk ragang dahulu. Kisah Kalabatu ini berunsur mitos mistik turun temurun dari moyang ke moyang.
Kononnya pada zaman dahulu, ada sebatang sungai pernah mengalir dari gunung Kinabalu terus ke laut China selatan. Pada zaman purba, para pedagang menggunakan kapal kapal kecil untuk menyelusuri sungai ini untuk berdagang ke kota nunuk ragang itu.
Mengikut cerita, Kalabatu di lahirkan secara normal saja tetapi terlebih bulan. Menurut mitos leluhur tagahas, dia berada dalam Perut ibu dia selama 2 tahun setengah. Ramai orang menyangka, ibunya itu bunting gajah. (Sebab perutnya terlalu besar ). Kandungannya terlalu besar tetapi tiada tanda tanda mahu beranak juga.
Akhirnya Kalabatu pun lahir, ajaibnya dia lahir dalam keadaan beranak normal dan langsung keluar. Tetapi ada peliknya, tidak seperti bayi lain. Size bayi dan berat Kalabatu melebihi 20 kali ganda bayi normal.
Oleh kerana Kalabatu kelihatan luarbiasa. Ibubapanya berpindah ke kaki gunung Kinabalu dan mengelak bertembung dengan orang kota. Ini kerana size dan perilaku Kalabatu yang besar dan bodoh itu. Dalam lagenda Tagahas, Kalabatu adalah manusia gergasi. Di mana di laut dalam, manusia sudah mati lemas. Tetapi bagi Kalabatu, paras laut cuma di sekitar pinggang dia sahaja.
Akhirnya kewujudan Kalabatu di sedari, dan penduduk kota merasakan yang keluarga itu terkena kutuk gergasi. Atau Rogon. Sebab itu kenapa mereka memiliki anak cacat yang hodoh dan bodoh. Legenda mengatakan kalabatu terlalu lurus bendul dan bodoh. Sikap penurutnya kepada ibu dan bapa menyebabkan orang tuanya tidak sampai hati meninggalkan dia dan membuang dia sebagai anak.
Alkisah orang-orang di kota nunuk ragang meminta raja untuk membunuh Kalabatu. Kononnya Kalabatu telah mencuri dan memakan kerbau dan hewan ternakan mereka yang lain. Mereka menuduh yang Kalabatu secara senyap telah menculik kerbau dan ayam mereka untuk di makan.
Ketika tuduhan itu di arahkan untuk menjadi hukuman mati kepada Kalabatu, datang rombongan kapal laut menyerang kota nunuk ragang. Tanpa persiapan rapi daripada pasukan nunuk ragang. Hampir 1/3 penduduk kota di basmi dan di tawan oleh kapal asing tersebut. Ini menyebabkan kedukaan hebat kepada penduduk kota nunuk ragang. Sebab selama ini belum pernah kawasan ini di Serang sedemikian teruk.
Pada hari itu, penduduk kota menyatakan ini adalah kesialan Kalabatu menyebabkan mereka tertimpa bencana. Dengan hati yang sayu, ibu bapa Kalabatu pulang dan menangis melihat anak gergasi bujang mereka. Walau pun Kalabatu lembab bercakap dan susah berkata kata, dia seakan memahami perasaan orang tuanya. Dalam keadaan di ikat kakinya. Bapa Kalabatu memutuskan tali itu dah menyuruh anaknya pergi sejauh mungkin agar tidak di bunuh penduduk kota nunuk. Seperti mengerti, dia pergi meninggalkan mereka.
Dalam perjalanan Kalabatu yang tanpa arah itu. Tiba tiba dia terhidu bau daging di panggang. Secara bersembunyi, dia merangkak perlahan Lahan untuk mengintai siapakah di sana. Maka terlihatlah Kalabatu, himpunan manusia yang ramai di ikat dan pesta pora pihak musuh. Mereka memakai banyak sekali bendera aneh aneh. Dan tahulah Kalabatu siapa jahat dan siapa yang di aniaya.
Malam itu Kalabatu menyusup dan membuka semua tali tali yang mengikat penduduk kota nunuk ragang yang di tangkap. sedang dia hampir menyelamatkan penduduk kota yang di tawan. Tiba-tiba perilaku dia di sedari oleh pihak musuh. Maka berteriaklah pasukan musuh yang kemabukan memberi amaran. Serentak itu berlaku bunyi gema gempita yang amat luarbiasa.
Dengan kekuataan luarbiasa Kalabatu, dia mengamuk dan menghempas para musuh sampai mati. Kemudian dia mengejar dan menangkap musuh dengan mudah dan melempar mereka ke udara. Dia mengambil Pokok kayu balak yang dia cabut dengan segenggam tangan. Dan memukul semua musuh dengan mudah. Oleh kerana tiada Tantangan hebat, pihak musuh ketakutan menggeletar sampai terkencing di dalam seluar. Mana mana yang selamat berlari pergi. Mereka tidak pernah muncul lagi.
Berita mengenai kehebatan Kalabatu itu akhirnya tiba ke telinga raja. Maka raja, telah memberi Kalabatu anugerah di mana Kalabatu akan menjadi anggota nunuk ragang dan pengawal peribadi raja. Namun oleh kerana Kalabatu lebih suka di hutan, dia meminta kepada raja untuk membiarkan dia hidup di hutan bersama orang tuanya. Makanya Kalabatu di terima sebagai sebahagian anggota keluarga momogun di nunuk ragang.
Tidak lama kemudian, nunuk ragang di serang oleh naga hitam yang datang dari laut China selatan. Naga hitam itu terlalu kuat dan menghembur hembur apinya di mana mana. Kerana naga hitam itu, orang ketakutan bersembunyi di mana mana. Raja mengarahkan Kalabatu untuk datang dan membantu mereka. Kerana naga itu terlalu kuat sekali. Semua jerat yang di buat, dengan mudah di hancurkan naga hitam. Anak tombak dan pedang langsung tidak berkesan sama sekali atas naga hitam itu.
Kalabatu datang dan menentang naga hitam itu. Tetapi jangkaan mereka salah, naga hitam itu terlalu kuat. Dengan mudah dia membakar Kalabatu. Separuh muka Kalabatu rentung terkena api naga. Dia mencengkam Kalabatu dan menghempasnya dari langit. Kalabatu jatuh dan pengsan tidak sedarkan diri. Rupanya naga hitam merupakan rusod sakti yang datang untuk mendapat gemala sakti naga di gunung Kinabalu. Tetapi oleh kerana dia merosakan kota dan kampung halaman manusia. Maka raja mengarahkan naga hitam itu harus segera di bunuh.
Ketika pengsan, burung kenyalang (horn bill) yang bersahabat baik dengan Kalabatu naik ke libobou dan menghadap kinoringan. Dia sendiri tahu bahawa Kalabatu tidak akan dapat menentang naga hitam. Sepanjang perlawanan Kalabatu dan naga hitam, dia memerhati dengan tekun melihat perlawanan berat sebelah itu. Kalabatu tidak memiliki kuasa sakti. Dia cuma ada tenaga luarbiasa sedangkan naga sakti memiliki kuasa sakti yang luarbiasa. Naga hitam sudah bertapa selama 1000 tahun dan sedang claim hak gemala sakti naga gunung Kinabalu.
Kinorohingan memberikan pedang sakti kepada burung kenyalang dan menyuruhnya dia membawakan pedang itu kepada Kalabatu. Kerana sayangkan sahabat baiknya. Horn bill dengan segera mencengkam pedang dan terbang meluncur laju dan langsung memberikan Pedang sakti pemberiaan kinoringan untuk Kalabatu. Ketika Kalabatu sedar dari pengsan, dia melihat sebuah pedang emas yang sangat besar dan sekuat hati menggenggam pedang itu. Tenaganya memulih dengan mendadak dan kekuatannya kembali merasuki tubuh badannya. Perlawanan antara Kalabatu dan naga hitam kembali mengganas. Kali ini dengan mudah Kalabatu mencantas kepala naga hitam.
Kemenangan berpihak kepada Kalabatu yang cedera parah itu. Raja dan rakyat meraikannya.
Hari demi hari berlalu dan Kalabatu sudah semakin tua, untuk perhatian pembaca, Kalabatu memilki satu sifat kelemahan. Di mana dia kuat makan. Cerita kuat makan dia inilah menyebabkan orang tuanya menjadi kurus keremping seperti kebuluran.
Bayangkan, dia boleh makan berpinggan pinggan tanpa henti. Dan oleh kerana sifatnya ini, maka setiap hari akan di sorong kereta lembu yang penuh dengan makanan untuk Kalabatu makan. Sifatnya yang kecanduan makan itu mendapat perhatian raja dan rakyat. Mungkin kerana sizenya yang besar. Maka perutnya sukar di penuhkan.
Satu hari Kalabatu meminta kepada ibu bapa nya untuk di tanam hidup hidup di puncak Kinabalu. Pada mulanya orang tuanya menolak, namun akur setelah di pujuk oleh Kalabatu. Kalabatu ingin menamatkan riwayat hidupnya agar tidak menyusahkan penduduk kota nunuk ragang.
Raja bersedih mendengar permintaan pelik Kalabatu dan rakyat yang banyak terhutang budi kepada Kalabatu menangisi dia. Kalabatu meminta sahabatnya rusod burung kenyalang sakti agar meminta rusod ayam gergasi menimbusinya kelak jika dia berjaya membuat lubang kuburan untuk dirinya di puncak gunung.
Ketika di puncak gunung, Kalabatu memandang hiba semua penduduk kota yang menangisi kepergiannya. Dia memerhati sungai yang mengalir dari gunung Kinabalu ke laut China selatan. Kemudian dia berbisik, kelak jika aku pergi, pasti musuh akan kembali dan membunuh semua saudara maraku ku di bawah sana.
Kalabatu mengangkat batu dan menghumban batu gunung ke sungai yang mengalir dari gunung ke laut. Akibat lemparan batu yang banyak. Sungai permai itu hilang di timbuni batu. Sejak hari itu, sungai itu lenyap selama lamanya.
Kalabatu di kuburkan oleh rusod ayam gergasi. Dan kinoringan menyuruh dia menjadi penjaga para roh dan semangat yang ingin berehat di sana selamanya.
Legenda lahir dari warisan pertuturan lisan para moyang.
Lagenda Kalabatu dalam Dusun Tagahas.
Larry Raphael. -
AuthorPosts
- You must be logged in to reply to this topic.
Recent Comments