Home › Forums › Cerita Dari FaceBook › ~ selamat jalan dan kita akan Ketemu lagi ~
- This topic has 0 replies, 1 voice, and was last updated August 1, 2022 at 7:14 am by tutuguk.
-
AuthorPosts
-
August 1, 2022 at 7:14 am #89tutugukKeymaster
~ selamat jalan dan kita akan Ketemu lagi ~
Pada akhir roh berpisah dari tubuh badan. Roh akan kembali ke rumahnya untuk makan dan mengucapkan selamat jalan.
Dalam proses ini, si mati kononnya tidak menyedari dia sudah kembali ke alam susukon. Dia masih berfikir, yang dia masih sihat dan akan bertemu dengan anak anak nya semula. Maka berjalan lah dia dalam kabus tebal dan kedengaran suara manusia namun tak terlihat kan, jalan itu gelap berkabus. Dan ada satu titik cahaya saja di hadapan sebagai arah panduan.
Di perjalanan itu, dia akan bertemu dengan sebuah tasik yang di litupi kabus tebal. Dan merasa lah dia dahaga dan haus Yang teramat sangat. Dia mencapai air itu namun tangannya tidak dapat menceduk air untuk di minum lagi. Dia berusaha mahu minum, namun tetap tidak boleh. Bahkan mencuba mencuci mukanya dengan air namun air tasik tetap tenang tidak terusik. kemudian dia menjenguk air dan tidak melihat wajahnya lagi.
Ketika dia sedar yang dia sudah menjadi kundodowo (roh). Maka berteriaklah dia menangis dan terjelepuk jatuh meraung kesedihan. Saat itu datanglah banyak rusod kerbau yang banyak mengelilingi dia. Yang lain meminum air tasik itu dan yang lain memerhatikan dia dengan wajah sedih.
Kundodowo yang baru sedar dia telah meninggal dunia akan menaiki salah satu rusod kerbau. Dan rusod kerbau itu membawa dia kembali ke alam manusia untuk sementara waktu. Di sana, rusod kerbau sakti akan meragut rumput dan membiarkan si kundodowo yang baru meninggal dunia pulang sebentar ke rumah dia.
Dia datang, dan cuba berlakon sedaya upaya yang dia masih hidup. Membantu memasak, mencuci pinggan dan cuba menyediakan lauk hidangan kepada tetamu. Namun tiada sesiapa memperdulikan dia lagi. Dia tak kelihatan, dan tiada siapa nampak dia hadir di tengah mereka.
Pada hari hari sebelum ke tujuh hari, akan datang Tombiruo (semangat manusia jahat) dan juga Rogon. Mereka datang ke rumah dia untuk menjilat tubuh badan si mati. Oleh itu Bobolian akan menyuruh orang kampung membakar unggun api di sekitar rumah. Unggun api di pasang tidak jauh dari sekitar rumah. Kerana para Tombiruo dan Rogon amat takut dengan api yang menyala hidup. Selama itu, hanya roh si mati saja boleh berada di kawasan dalam unggun api. Adakalanya Tombiruo dan Rogon akan bergaduh jika amalan ini tidak dibuat. Sebab itu mengapa anjing berteriak menyalak yalak kerana cuba mengusir mereka.
Kononnya semangat itu dapat berada di rumah kerana di beri izin oleh Rusod kerbau sakti yang meragus rumput di sekitar rumah si mati. Tetapi tiada sesiapa akan dapat melihat mereka kecuali mata yang oboloukito. Kerana rusod kerbau sakti dan unggun api, para semangat jahat yang kelaparan akan mayat manusia tidak berani memasuki ke dalam rumah di mati dan menjamahnya. Pada malam akan ada ritual memberi si mati makan. Yakni, malam pengkebumian. Bobolian akan menggunakan parang baru, tali kerbau, nasi, hidangan lauk, telur, daging patu, daging kerbau, Kirai atau tingaton yang lengkap. Bobolian akan menyediakan kesemua ritual itu dalam gulungan tali yang di ikat dan membulat.
Maka berserulah Bobolian. Saya memanggil si anu bin si anu datang ke sini makan kerana kesian dia mungkin dia kelaparan. Sambil memegang parang baru, Bobolian akan mencantas cantas kayu muda sambil membuat kutukan dan mentera ( rinit) yang jika roh lain cuba memakan hidangan itu, maka tali ini akan menjerut leher mereka. Dia menunjukkan setiap hidangan dan kemudian terus mencantas cantas kayu muda untuk merapikan kutukan. Agar jamuan hanya boleh di jamah oleh roh si mati.
Masa ini, jika Bobolian itu mahir, dia akan membuka mata (oboloukito) untuk melihat si arwah memakan santapan dan lauk. Semasa roh menikmati makanan itu, Bobolian akan berkomunikasi dengan si mati untuk menyampai pesan pesan yang belum si mati lunasi. Lazimnya para roh akan menyebut orang orang tertentu yang dia mahu bawa pergi kerana mahu di temani. Dan di sinilah tugas seorang Bobolian. Memutus silaturahim dan membantah maksud si kundodowo. Yang mati, biarlah mati. Jangan cuba bawa lagi orang yang hidup.
Di alam susukon dalam kepercayaan momolianisme tidak ada neraka. Apabila manusia itu mati, mereka akan di bawa ke gunung Kinabalu. Dalam kepercayaan purba momugon. Gunung Kinabalu adalah tempat persemadian roh manusia terakhir. Roh mereka akan ke sana dan berdiam di sana. Sebab itu mengapa gunung Kinabalu di anggap suci merupakan tempat yang masih keras dan penuh kawalan adat istiadat ketika mendakinya.
Pada hari ketujuh roh akan di usir dari rumah. Kerana kepercayaan momolianisme percaya jika rumah itu di duduki semangat lain, maka keluarga itu selalu di timpa masalah, nasib malang dan sakit. Sebab itu pentingnya kenapa ritual 7 hari momisok itu di buat. Memberi jamuan akhir dan membatalkan kehadiran roh di dalam rumah asalnya.
Roh tidak segera ke mana. Dia akan berjalan selama 40 hari untuk mencari penempatan baru di mana dia harus tinggal. Pada masa ini, rusod kerbau sakti akan menjadi kenderaan nya sepanjang pengembaraan barunya.
Setelah 100 hari. Si mati sudah mula di lupakan. Dia tidak boleh kembali ke rumah sudah. Dan kuburan nya bukan sebuah rumah yang sesuai. Jika dia melakukan banyak amal bakti semasa hidup. Rusod kerbau sakti akan membawanya terus ke gunung Kinabalu untuk istirehat di rumah para leluhur. Jika kehidupan nya banyak kejahatan daripada kebaikkan, maka rusod sakti kerbau akan meninggalkan dia tengah perjalanan dan mengucapkan selamat jalan dan meneruskan perjalanan saktinya lagi.
Dalam perjalanan roh yang di tinggalkan. Roh itu akan teraba raba berjalan ke sana ke mari untuk berada di satu tempat istirehat kekal. Di sana dia akan menemui para Rogon, rusod sakti dan tempuan. Banyak juga kundodowo yang sesat dia temui.
Proses alam susukon para kundodowo, tidak ada konsep neraka dan sorga. Untuk sementara waktu bagi jiwa yang baik, dia akan mendapat ruangan istirehat nyaman di akinabalu. Ada sesetengah roh menjadi roh sesat (roh jahat ). Ada sesetengah roh di pulangkan semula kerana tidak cukup matang tempoh (belum layak mati).
Ada sesetengah roh tidak dapat masuk ke alam susukon kerana ada hutang yang belum lunas ( menjadi gentayangan ). Mungkin mereka akibat bunuh diri, di bunuh, di aniaya, berbuat jahat kepada orang tua dan isteri. Menyihir orang mengakibatkan pintu susukon tertutup buat mereka. Jadilah mereka roh yang derita, di nampak manusia namun di usir.
Kemudian para kundodowo juga akan tinggal di beberapa tingkat langit bergantung amal bakti mulia mereka semasa hidup. Dalam legenda lama, roh juga di angkut oleh banyak jenis rusod sakti ke gunung Kinabalu. Dan biasanya semangat jenis ini berpotensi untuk hidup semula jika di tegur secara mendadak.
Dalam momolianisme Tagahas. Dunia ini tidak berakhir, namun ianya cuma rosak seperti pohon sakti nunuk ragang dan kemudiannya kelak di perbaharui semula. Pada saat hari itu tiba, semua semangat, kundodowo, rusod, Rogon, tombiruo, Divato akan bangun dan menunggu pengadilan dari Tuhan yang maha esa ( kinoringan).
# Dalam mistik Bobolian Tagahas. Sesiapa yang di angkut oleh rusod kerbau sakti, ianya bermaksud mereka adalah berketurunan Pendekar dan Bobolian sakti #
Larry Raphael.- This topic was modified 2 years, 4 months ago by tutuguk.
-
AuthorPosts
- You must be logged in to reply to this topic.
Recent Comments